Artikel
Berhibur Bersama Buku PTS dalam Rancangan TV3 Kids
oleh Roziyah pada 13 Jun 2011
Buku-buku terbitan PTS semakin mendapat tempat di hati pembaca termasuklah syarikat-syarikat televisyen di Malaysia.
Melalui penggunaan bahasa yang mudah dan ringkas, buku kanak-kanak PTS menarik minat penerbit bagi membantu dalam rancangan-rancangan terbitan mereka.
Istimewa kepada penonton cilik TV3, jangan lepaskan peluang menimba ilmu pengetahuan sambil berhibur bersama karektor comel, Datuk Harimau dalam rancangan Pukul Berapa Datuk Harimau yang disiarkan di TV3.
Menerusi rancangan ini, TV3 Kids juga menggunakan buku kanak-kanak terbitan PTS bagi membantu pembelajaran dalam rancangan tersebut.
Memulakan siaran pada 13 Jun 2011, Pukul Berapa Datuk Harimau menemui penonton bermula setiap Isnin bermula jam 9.30 pagi. Rancangan ini mengetengahkan konsep berhibur sambil belajar selain memuatkan pelbagai telatah spontan Datuk Harimau.
Selama 30 minit ke udara, rancangan ini dibahagikan kepada tiga segmen iaitu mengenal huruf, Mari Mengira serta Teroka & Sains. Dua segmen mini iaitu Eksperimen Mudah dan Pesanan Ringkas Masyarakat turut dimuatkan dalam rancangan ini bagi membimbing penonton supaya lebih peka terhadap persekitaran selain merangsang keinginan untuk mengetahui isu terkini.
Menurut Penolong Penerbit, Puan Nor Habibah Abdul Jalil, buku-buku terbitan PTS banyak membantu pihak produksi bagi mengendalikan psikologi kanak-kanak selain menjadi bahan yang menceriakan lagi rancangan kanak-kanak.
PTS juga kini giat bekerjasama dengan Media Prima bagi menerbitkan rancangan kanak-kanak yang membentuk peribadi berkualiti dan berilmu.