Artikel

Bersama Dr Danial Zainal Abidin, MD

oleh Helmi pada 23 Sep 2004

Promosi ‘Set Islam Kontemporari’ dari koleksi buku-buku karya Dr Danial Zainal Abidin, MD, mewarnai aktiviti promosi PTS bulan Oktober ini.

Dr. Danial bin Zainal Abidin, M.B.Ch.B. (Egypt) adalah Doktor Perubatan dan Konsultan Pembangunan Diri berpengalaman luas dalam bidang perubatan moden, pembangunan diri, perbandingan agama, penyelidikan Islam dan sains.

Antara pelanggan utama beliau adalah Petronas Cari Gali, Telekom Malaysia, IKIM, Majlis-majlis Agama Islam Negeri, Kuala Lumpur International Airport, Tenaga Nasional Bhd, Universiti Sains Malaysia dan lain-lain.

Beliau adalah penyumbang tetap rancangan ‘Rangsang Minda’ Radio Malaysia Pulau Pinang dan mendapat anugerah ‘Penyumbang Terbaik’ tahun 2003.

Dr Danial juga merupakan kolumnis tetap ruangan Islam dan sains dalam majalah I, sebuah majalah Islam terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd.

Buku-buku tulisan beliau merupakan antara buku-buku yang paling laris pernah diterbitkan oleh PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.

Set Islam kontemporari ini mengandungi buku-buku seperti:

1. 7 Formula Orang Berjaya (terbaru)
2. Empayar Minda Muslim
3. Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden (Edisi 1 & 2)
4. Kit Kombat Islam (Edisi 1 & 2)
5. Bahan Berdakwah untuk Remaja Moden (Edisi 1 & 2)
6. Bukti-bukti Sains & Sejarah Kerasulan Muhammad S.A.W.(Edisi 1 & 2)

Bagi pembaca buku-buku tulisan Dr Danial, mereka mendapati suatu kelainan dari buku-buku agama yang biasa ada dipasaran. Ini kerana tulisan Dr Danial banyak memberi fokus kepada memberi pemahaman dan keunggulan ilmu-ilmu serta ajaran Islam melalui bukti-bukti sejarah dan sains moden yang diperakui oleh dunia barat. Segala persoalan-persoalan yang dibangkitkan dihuraikan dengan kupasan yang segar dan kontemporari. Maka tidak hairanlah setiap ceramah yang beliau sampaikan biasanya mendapat sambutan hangat dan dilimpahi oleh hingga ratusan pendengar yang dahagakan ilmu dan kelainan sama ada di masjid, universiti atau majlis-majlis ilmu. Pengetahuan beliau dalam Kitab-kitab agama lain seperti bible, vedas dan sebagainya juga memunkinkan beliau berdiskusi dan berhujah dengan kelompok bukan Islam dengan lebih berkesan.

Dr Danial memperolehi ijazah perubatannya dari Universiti Iskandariah, Mesir. Beliau juga mempelajari ilmu-ilmu agama seperti syariah, tafsir, hadis daripada ulama-ulama Mesir yang terkenal termasuk Syeikh Muhammad Najib al-Muthi, seorang ulama hadis terkenal. Latar belakang beliau dalam bidang sains moden dan Islam ini membolehkan beliau membuat pelbagai penyelidikan dalam pelbagai bidang ilmu seperti perubatan moden dan Islam, perbandingan agama dan sebagainya.

Sempena pelancaran buku terbaru beliau iaitu ‘7 Formula Orang Berjaya’, PTS dengan kerjasama MPH Bokstores akan mengadakan beberapa program seperti berikut:


Sesi Autograf dan Bersama Pembaca
Tarikh : 9 / 10 / 2004 - Sabtu
Masa   : 3.00-4.30 ptg
Tempat : MPH Bookstore, Alpha Angle Shopping Centre, Wangsa Maju, K.L.

Majlis Diskusi Buku : ‘7 Formula Orang Berjaya’
Tarikh : 10 / 10 / 2004 - Ahad
Masa   : 2.30 ptg - 3.30 ptg
Tempat : MPH Bookstore, Midvalley Megamall, K.L.

Wacana Ilmu : ‘Keunggulan Islam & Cabaran’& Pameran Buku PTS
Tarikh : 9 / 10 / 2004 - Sabtu
Masa   : 8.30 mlm - 10.30 mlm
Tempat : Dataran Sekolah Islam Al-Amin, Batu 8 , Jalan Sungai Pusu, Gombak, Selangor
(* dengan kerjasama Sekolah Islam Al-Amin, Gombak)

Penyertaan untuk aktiviti-aktiviti tersebut adalah terbuka kepada orang ramai dan diadakan secara percuma.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024