Artikel

BICARA PENULIS BERSAMA DR. DANIAL ZAINAL ABIDIN DI MPH BOOK FAIR, ALAMANDA

oleh Helmi pada 21 Aug 2007

Di MPH Book Fair yang dijadualkan berlangsung dari 18 Ogos 2007 hingga 31 Ogos 2007, pengunjung diberi potongan harga istimewa 15% bagi pembelian buku terbaru Dr. Danial, Quran Saintifik : Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains. Program yang berlangsung lebih kurang dua jam ini menyaksikan Dr. Danial berkongsi input-input kecemerlangan Quran bersama-sama para hadirin yang hadir.  Sebagai seorang penulis prolifik bagi produk motivasi kecemerlangan dan pembangunan diri berdasarkan Quran dan sains yang semakin dikenali di Malaysia, persembahan Dr. Danial membuatkan sebilangan hadirin yang hadir tidak berganjak dari tempat mereka berdiri sehingga program selesai.

“Akan kami tunjukkan kepada mereka bukti-bukti kebenaran kami di segenap penjuru dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelas kepada mereka bahawa Quran itu benar, surah Fussilat ayat 53” jelas Dr. Danial ketika menjawab salah satu soalan pengunjung tentang bukti kebenaran kitab suci Quran sebagai sumber rujukan sains. Sebelum majlis berakhir, Dr. Danial meluangkan masa untuk beramah mesra dengan pengunjung yang hadir dan menurunkan autograf sebagai tanda kenang-kenangan.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025