Artikel

Bicara Buku: Shamsuddin Abdul Kadir dan Sunthara Segar

oleh Helmi pada 21 Aug 2007

Masyarakat perlu mengelak daripada terjebak dalam kancah itu. Penulis buku Kerjaya Sebagai Perancang Kewangan, En. Sunthara Segar dan En. Shamsuddin Abdul Kadir penulis buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang dan Makan Gaji Tetapi Kaya menerangkan cara mengurus wang daripada perspektif mereka dan dapat diamalkan apabila membaca buku beliau.  Program merancang kewangan yang dianjurkan PTS Professional Publishing Sdn. Bhd dan MPH Mid Valley pada 19 Julai 2007, dari jam 3.00 petang sehingga 6.00 petang di Courtyard, MPH Mid Valley, menemukan dua penulis itu dan menolong hadirin mengurus kewangan peribadi, merancang gaji, mengurus hutang, menggunakan kad kredit, kerjaya kewangan, unit amanah, hartanah dan pelaburan yang selamat.  Shamsuddin berkata, pekerja perlu memikirkan bagaimana menjana pendapatan melalui hartanah. Pekerja tidak perlu menunggu bom jangka meletup bagi menentu tahap ekonomi mereka, pelaburan dalam hartanah seperti membeli rumah bagi disewakan dengan mencari wang ansuran yang rendah daripada kadar sewa yang ditetapkan. Harga rumah dan sewa makin lama makin naik. Ia bakal dipaparkan di dalam buku bakal terbit saya Kaya dengan Rumah,katanya.  Sunthara menerangkan peri penting memilih pelaburan yang tepat dan berbaloi, Saya memberi maklumat unit amanah pada hari ini bagi promosi awal kepada tuan-tuan dan puan-puan daripada buku bakal terbit saya Rahsia Melabur dalam Unit Amanah, katanya.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025