Bijak dalam Bertindak : RICH DAD’S INCREASE YOUR FINANCIAL IQ

oleh Amirah pada 03 Mar 2014

financial_iq-co_1-240x368

Pada era globalisasi kini, wang menjadi sesuatu yang amat penting dalam kehidupan seharian manusia.

Tanpa wang manusia mula goyang, boleh rebah dan jatuh tanpa bangun semula.

Namun gagal sekali tidak bermakna kita gagal untuk selamanya. Buku RICH DAD’S INCREASE YOUR FINANCIAL IQ mampu menjadi pengukur dan memberi panduan kepada pembaca bagaimana mengurus wang secara bijak.

Penyusunan kandungan yang teliti dan terdapat lima Financial Intellingence yang diketengah mampu membuka minda pembaca untuk berfikir tentang ilmu penting dalam menyelesaikan masalah kewangan dengan lebih bijak.

Tertarik dengan kata-kata penulis dalam penulisannya yang mengambarkan bahawa sekiranya kita mahu menjadi kaya, perkara utama yang perlu lakukan adalah menerima kenyataan yang masalah tidak akan hilang dan berhenti. Dan proses menyelesaikan masalah sebenarnya menjadikan kita kaya.

Buku yang menggambarkan sendiri pengalaman penulis ini diterjemah serta dicetak dalam edisi bahasa Melayu dan menjadi buku kewangan bestseller sepanjang zaman.

Pelbagai tip penting diberikan oleh penulis sebagai panduan kepada pembaca untuk menjadi semakin kaya dengan menjadi semakin bijak.

Buku ini mampu membuka minda pembaca untuk berfikir tentang kebenaran bahawa peluang terbuka luas sekiranya kita benar-benar ingin kaya dan berjaya.