Artikel

Membaca Al-Quran dengan Teknik yang Betul: Iqra’ At-Taisir

oleh Mohd Firdaus Salleh pada 03 Mar 2014

Sebuah teknik pembelajaran Al-Quran yang masih mengekalkan tradisi dengan menekankan kemampuan membaca sehingga fasih bersama-sama dengan guru, tanpa memerlukan bantuan alat mengajar yang pelbagai.

Berbeza dengan iqra’ lain yang digunakan dahulu di mana kandungan buku ini adalah lebih komprehensif dan dapat menarik minat pelajar untuk belajar membaca setiap suku ayat dalam Al-Quran dengan tertib dan tartil.

Keistimewaan utama Iqra’ At-Taisir ini yang utama adalah isi kandungannya yang menerapkan hukum tajwid bagi mendidik pelajar untuk membaca Al-Quran dengan bacaan yang betul. Penjelasan dan penyusunan yang mengikut format rasm uthmani, membantu pembelajaran supaya membiasakan diri  apabila mula membaca al-Quran sebenar nanti.

Buku ini juga menggunakan elemen warna secara keseluruhan bagi memudahkan proses pemahaman, terutamanya kepada golongan kanak-kanak yang ingin belajar membaca Al-Quran dan amat sesuai untuk dijadikan bahan utama pembelajaran.

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024