Artikel
Bijak Urus Bajet Puasa
oleh [email protected] pada 26 Aug 2009
Waktu berbuka puasa adalah antara waktu yang meggembirakan seperti dinyatakan ajaran Islam. Namun kadangkala apabila terlalu gembira, terus lupa diri dan menjadikan waktu berbuka medan membalas dendam selepas dari terbit fajar sehingga terbenam matahari tidak makan dan minum.
Amalan ibdah puasa akan lebih mendapat pahala yang tinggi apabila umat Islam membaca buku berkaitan puasa dan amalannya. Memang ada dinayatakan berkenaan cara yang betul semasa berbuka puasa seperti memulakan dengan kurma dan dalam kadar yang bersesuaian dan bukan membazir.
Penulis buku kewangan, Shamsuddin Abdul Kadir akan meneranhkan cara mengurus bajet yang betul meraikan masa berbuka dan pada masa yang sama mendapat pahala berganda.
Saksikan diskusi beliau melalui rancangan Malaysia Hari Ini, TV3 jam 7.30 pagi pada 27 Ogos 2009. Fokus pada minda semasa membeli juadah bebruka puasa, abaikan nafsu kerana ia mendorong kita membazir.