Artikel

Saya Terkejut dan Mahu Berkongsi Kegembiraan Bersama Penulis Lain

oleh [email protected] pada 27 Aug 2009

Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad, menggondol anugerah tempat pertama bagi kategori bukan fiksyen melalui tulisan beliau Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif.  Pada majlis Anugerah Pilihan Pembaca, Berita Harian & POPULAR, beliau berasa terkejut kerana tidak menjangka kemenangan itu. Namun beliau tetap menyatakan rasa syukur atas kemenangan itu dan menobatkan semua penulis yang dicalonkan semalam adalah pemenang atas setiap karya kreatif mereka.

Beliau juga akan menulis buku baru dan berharap tahun depan akan ada dua ataupun tiga penulis PTS sebaris di pentas kemenangan meraikan karya masing-masing. Dengan rasa rendah diri beliau menyanjung tinggi barisan penulis PTS yang hadir semalam. Prof. Dr Muhd Kamil Ibrahim, Azahar Abdul Rahman dan Zaid Akhtar adalah antara penulis yang dicalonkan semalam. Zamri Mohamad turut hadir memeriahkan majlis. Tinggi semangat penulis antara mereka.

“Saya mahu dedikasikan kemengan ini kepada para penulis, keluarga, pihak media yang banyak membantu karier dan sering mengundang saya ke rancangan mereka. Pihak akhbar Berita Harian, TV1, TV3, TV9, ASTRO AWANI dan sebagainya membantu saya mempakejkan diri dalam bidang kekeluargaan,” ujar beliau tenang. Ternyata media membantu penulis dan industri buku memasarkan buku.

 

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025