Artikel

Blogger yang Ahli Bincang Hal Membaca

oleh [email protected] pada 25 Aug 2009

Tulisan blogger ini memfokus pada membaca sebagai amalan yang perlu dipupuk sedari awal kanak-kanak. Melayari http://kembarapencintabuku.blogspot.com membawa pembaca memahami peri penting membaca, isu berkaitan, bahan bacaan dan hal penulis.

Beliau antara blogger yang aktif menyokong amalan membaca pada bulan Ramadan. Beliau pernah menghantar artikel ke akhbar Utusan Malaysia dengan menyatakan pandangan membaca pada bulan Ramadan berdasarkan ayat Iqra`.

Beliau adalah Pensyarah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan juga Setiausaha Agung Komuniti Buku online.org. Baca setiap cetusan minda beliau di bawah lebih daripada 40 label yang membawa isu berbeza. Antara entri terbanyak adalah Artikel di Utusan Malaysia. Menyaksikan beliau komited dan serius membincangkan aspek buku.
Karya tulisan beliau adalah, Pesona Pecinta Buku, Permulaan Fajar, Anis Hidayah, Abang Sekupang!, Selamat Tinggal Kenangan, Annyss Sophilea, Rahsia dan Nuri Puteri Kayan. Boleh juga tambah facebook beliau bernama Khairusy Syakirin Has-Yun.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025