Artikel
Penulis dan Penerbit Mulai Berdebar
oleh [email protected] pada 24 Aug 2009
Hari menentukan siapakah penulis paling popupar pilihan pembaca akan terjawab nanti. Majlis penyampaian hadiah akan berlangsung pada 26 Ogos 2009 bersempena Bookfest 2009 anjuran Kedai Buku Popular di KLCC Convention Centre.
20 barisan penulis bagi kategori fiksyen dan bukan fiksyen berlengan tangan menempatkan diri sebagai penulis poular pilihan pembaca. Pembaca boleh meramaikan majlis yang akan berlangsung dari jam 2.00 petang itu.
Rebut peluang terbaik menemui nama-nama besar dalam industri buku. Setiap penulis pastinya mempunyai peminat masing-masing. Pembaca boleh terus membeli buku-buku tulisan calon anugerah pada rebat 20. Memang berbaloi jika hadir pada hari Rabu itu.
Gunakan masa petang itu dengan berjumpa penulis, beli dan baca buku serta mana tahu pembaca berpeluang dapat mini berbuka percuma. Jadi orang pertama memilikinya.
Senarai penuh pencalonan:
Fiksyen:
Aisya Sofea - Selagi Ada Dia
Anis Ayuni - Seribu Kali Sayang
Fauziah Ashari - Rindu Cintaku
Damya Hanna - Ternyata Cinta
Ramlee Awang Murshid - Hijab Sang Pencinta
Siti Rosmizah - Andai Itu Takdirnya
Norhayati Berahim - Kembalikan Cintaku
Aleya Aneesa - Segalanya Untukmu
Mimie Affnie - Kalau ada Jodoh
Zaid Akhtar - Salju Sakinah
Non-fiksyen:
Dr. H.M. Tuah Iskandar - Fikir-Fikiran
Sheik Mustapha - Menggapai Bintang
Prof. Dr. Muhd. Kamil Ibrahim - Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman
Dr. Tengku Asmadi - Teknik Memotivasi Anak Cara Positif
Dato Ustazah Nor Bahyah Mahmood - Hadiah untuk Muslimah
Dr. H.M. Tuah Iskandar - Membina Cinta Sayang
Dr. Danial Zainal Abidin - Minda Muslim Super
Dato Dr. Mohd. Fadhilah Kasmah - Langkah Bijak Usahawan Terbilang
Azahar Abdul Rahman - Rahsia Buat Duit Dengan Ebay