Artikel

Bongkar Kod Rahsia bersama Buku Ain Maisarah

oleh Roziyah pada 06 Oct 2011

Sertai peraduan bongkar kod rahsia bersama buku terbaru Ain Maisarah yang kini panas di pasaran.

Dapatkan buku Aku Mahu Saiz XL yang ditulis bersama Mama Bella dan Buku Aku Mahu Lawan Hantu yang ditulis bersama Hanna Johan di pasaran. Tuan dan puan berpeluang memenangi iPad 2, Samsung Galaxy Ace, iPod Touch, MP3 Player serta banyak lagi hadiah menarik.

Peminat Ain Maisarah hanya perlu melayari laman web suka.pts.com.my bagi mendaftar dan menyertai peraduan mudah ini.

Para peserta perlu menyertai 8 pusingan dalam mana-mana 12 pusingan peraduan bagi melayakkan diri memenangi hadiah utama yang ditawarkan PTS. Pemenang dalam peraduan ini akan ditentukan melalui kepantasan.

Tuan dan puan hanya perlu membeli buku-buku terpilih yang mempunyai logo bongkar kod rahsia di kulit hadapan buku. Kemudian layari laman web suka.ptc.com.my dan dapatkan maklumat buku-buku terpilih bagi peraduan bongkar kod dan menang ini. Hanya dengan membeli buku-buku terpilih peraduan bongkar kod dan menang ini, tuan dan puan berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah menarik yang disediakan oleh PTS.

Layari suka.pts.com.my bagi mendapatkan maklumat lanjut buku-buku terpilih bagi program ini serta cara merebut hadiah menarik yang ditawarkan oleh PTS.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025