Artikel

Bookcafe.com Tawar Buku Serta Tandatangan Penulis

oleh Roziyah pada 13 May 2011

Kedai Buku Online PTS iaitu Bookcafe.com yang menjual buku-buku PTS secara online kini menghadiahkan tawaran menarik bagi menghargai pembeli-pembeli buku PTS di Bookcafe.com.

Melalui Set Kombo Buku dengan diskaun yang mengujakan, Bookcafe juga memberi peluang kepada pembeli secara online bagi mendapatkan tandatangan penulis kegemaran tuan dan puan.

Bermula pertengahan bulan Mei ini, Bookcafe.com akan membuka tawaran buku beserta tandatangan penulis dalam promosi Set Kombo Buku Bookcafe. Bookcafe akan mengumumkan penulis yang terpilih dalam promosi ini.

Nantikan promosi hebat bookcafe.com yang pastinya mengujakan ini. Layari www.bookcafe.com.my bagi mendapatkan maklumat lanjut promosi terkini Bookcafe.com.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025