Artikel
Mukjizat Surah al-Kahfi
oleh Roziyah pada 13 May 2011
Fitnah dajal adalah fitnah yang paling dahsyat. Fitnah dajal bukan sekadar fitnah fizikal, bukan sekadar gosip-gosip liar. Fitnah dajal itu adalah fitnah yang halus, seumpama silap mata. Fitnahnya juga membuatkan perkara yang baik kelihatan buruk.Sementara perkara yang buruk pula kelihatan baik. Namun, Tuhan itu maha adil. Dia menyediakan kita bekalan. Bekalan itu adalah surah al-Kahfi.
Mukjizat Surah al-Kahfi menekuni satu per satu perbincangan perihal surah al-Kahfi. Kita dapat mengetahui banyak perkara, seperti sebab turunnya surah ini, tafsiran ayat, dan kelebihan-kelebihan ayatnya.
Buku Mukjizat al-Kahfi ini ditulis oleh Tuan Muhammad Makhdlori. Beliau sudah banyak menulis buku, antaranya Menyingkap Mukjizat Solat Dhuha, Bacalah Surah al-Waqiah Maka Engkau Akan Kaya, Samudera al-Fatihah, Tahajjud Cinta dan Maha cinta Adam Hawa.
Buku Mukjizat Surah al-Kahfi terbitan PTS Millenia memperlihatkan kehebatan surah ini. Buku ini bukan hanya mendedahkan dari segi bacaan, tetapi merangkumi rahsia isi-isinya Surah al-Kahfi. Antaranya adalah Rahsia Ashabul Kahfi, Rahsia Zulkarnain, Rahsia pengembaraan Nabi Musa dan Nabi Khidir, Rahsia teguran Allah kepada Nabi Muhammad