Artikel
Bookfest 2009 Popular di KLCC
oleh [email protected] pada 24 Aug 2009
Sedang berfikir tempat yang anda boleh dapatkan ketenangan, motivasi, berbuka, membeli buku dan suasana ceria. Cuba berkunjung ke Popular Bookfest di Kuala Lumpur Convention Centre. Pelbagai buku yang ditawarkan dengan diskaun bermula 20 peratus menjadi pilihan.
Pergi dan terjah setiap dewan yang memberi pengalaman membeli yang selesa, sejuk, murah dan merah. Buku-buku agama juga diberi diskaun sebanyak 20 peratus. Ada 25 ada 30 ada 70. Apa itu?Kunjungi dan dapatkan buku pilihan anda.
Nanti dulu, apabila sampai sana, pastikan berbelanja lebih daripada RM10 dalam satu resit kerana 50 pengunjung terawal berpeluang mendapat set mini berbuka. Menarik bukan, penganjur menyatakan ia dapat ditebus mulai jam 6.00 hingga 7.30 malam. Bajet masa membeli dan pastinya ia sesuai bagi waktu berbuka puasa.
Pesta buku ini memberi variasi pembelian untuk pembaca dan PTS menyokong amalan puasa beserta aktiviti membaca. Layari www.bookfestmalaysia.com.