Artikel

Marhaban Ya Ramadan-Kemeriahan di kedai buku

oleh [email protected] pada 21 Aug 2009

Kini tiba masanya menghiasi kedai buku dengan bahan bacaan berkenaan menghayati falsafah Ramadan. PTS menggerakkan tim promosi terdiri daripada pasukan jualan, marketing dan editorial bagi sesi mendekorasi kedai buku bertema Marhaban ya Ramadan.

Pengunjung boleh mula berpusu-pusu ke kedai buku yang terpilih seperti di MPH, POPULAR dan Gramedia. Pembaca pasti akan terus memilih buku yang diutamakan sebaik sahaja memasuki pintu utama kedai buku. Mulai esok, duduk lama-lama menghayati dekorasi itu dan beli buku yang ditawarkan.

Pengunjung boleh terus mendapatkan idea itu dengan membeli buku yang ditawarkan dan seterusnya membuat dekorasi buku di rumah masing-masing. Ramadan kali ini akan lebih meriah dengan adanya minda membaca semasa Ramadan.

Ramadan tetamu yang dirindui. PTS menyokong budaya membaca di bulan Ramadan.


MPH Mid Valley, Kuala Lumpur


Popular IOI Mall, Puchong

 

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025