Artikel
Bos PTS Dedah Rahsia dan Masa Depan Industri Buku Tanahair!
oleh Roziyah pada 18 Feb 2011
PTS dalam usahanya mengembangkan budaya ilmu kepada masyarakat sering bekerjasama dengan mana-mana pihak yang ingin mengetahui bidang penerbitan dengan lebih mendalam.
Selaras dengan itu, Pengarah Urusan PTS, Tuan Arief Hakim Sani Rahmat sendiri sentiasa turun padang bagi memberi pendedahan kepada umum mengenai realiti dunia penerbitan di Malaysia.
Beliau yang dijemput bagi menghadiri Seminar Penerbitan dan Hak Cipta anjuran Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya baru-baru ini memberi penerangan yang lebih khusus kepada mahasiswa dalam dan luar negara.
Mahasiswa yang datangnya dari Iran dan Indonesia selain mahasiswa Malaysia sendiri mendapat penerangan yang lebih jelas dan lengkap mengenai dunia penerbitan khususnya penerbitan di Malaysia.
Selain berbicara mengenai bidang penerbitan di Malaysia, Tuan Arief juga memberi penerangan mengenai bidang terjemahan yang besar potensinya di Malaysia ketika ini.
Tidak ketinggalan , beliau membincangkan secara mendalam mengenai penerbitan buku berbentuk digital atau lebih dikenali sebagai E-Book.
Kehadiran penggiat penerbitan Malaysia sendiri yang memberi pendedahan mengenai realiti dan hakikat dunia penerbitan di Malaysia secara jelas dapat memberi penjelasan yang mendalam kepada mahasiswa berkaitan dunia penerbitan Malaysia.