Artikel

Buku 501 Soal Jawab Darah Wanita Jawab Persoalan Berkait Wanita

oleh Roziyah pada 20 Sep 2010

Wanita seringkali dibelenggu dengan masalah dan persoalan yang berkaitan dengan darah.

Menstruasi atau haid yang lebih dikenali ‘datang bulan’ merujuk kepada satu fisiologi tetap dan teratur yang dialami oleh perempuan yang berada dalam lingkungan umur yang berupaya mengandung. Semasa kedatangan haid, seorang wanita dicirikan dengan perubahan ritma pada rembesan hormon yang diperlukan bagi pembiakan. Corak ritma ini dikenali sebagai kitaran haid.

Rangkuman soalan dan jawapan yang dikumpulkan dalam buku ini mampu memberikan pencerahan kepada persoalan yang bersarang dalam diri wanita seterusnya mendorong mereka menjadi wanita solehah.

Jika sebelum ini, buku-buku persoalan berkaitan wanita diterangkan dengan panjang lebar namun buku 501 Soal Jawab Darah Wanita ini menjelaskan darah wanita dengan menggunakan bahasa yang mudah dan ringkas.

Menurut salah seorang penulis buku 501 Soal Jawab Darah Wanita, Puan Rohayati Bakri, buku ini menjelaskan persoalan yang timbul dalam diri wanita.

“Kebanyakan daripada kita tidak mengetahui dengan jelas mengenai hukum berkait dengan darah wanita ini. Mungkin kita tidak diberitahu mengenai perkara ini dan sekiranya tahu mungkin secara dasarnya sahaja,” jelas Puan Rohayati.

Bagi Puan Rohayati, persoalan ini perlu dijawab secara jelas kerana darah wanita ini akan memberi kesan kepada ibadat, kesihatan dan keturunan. Buku ini memberi panduan lengkap dan ringkas berkaitan masalah darah wanita.

Beliau berkata, buku ini tidak terhad kepada wanita sahaja kerana lelaki sebagai ketua keluarga juga harus mengetahui mengenai hukum darah wanita ini.

“Lelaki akan berhadapan dengan isteri dan anak yang mengalami masalah ini. Oleh itu mereka harus mengetahui hukum darah wanita agar dapat memantau ibadat ahli keluarganya,” jelas beliau.

Lebih istimewa lagi, buku ini juga menyediakan jadual dan cara pengiraan haid wanita.

Puan Rohayati berharap maklumat dalam buku ini mampu tersebar dan memberi informasi lengkap kepada pembacanya.

“Mungkin sebelum ini kita tidak mengetahui mengenai hukum darah wanita ini atau mungkin caranya juga tidak betul.“jelas beliau lagi.

Beliau berharap buku ini mampu memberi kesedaran tentang hukum darah wanita. Hal ini kerana walaupun hal ini dilihat remeh namun ia berkait dengan ibadat, kesihatan wanita itu sendiri.

Antara persoalan dan jawapan yang dimuatkan dalam buku ini termasuklah berkaitan haid, Kehamilan, keguguran, kelahiran, Nifas, Istihadhah, Menopause, kaedah mandi wajib dan banyak lagi.

Dapatkan buku 501 Soal Jawab Darah Wanita terbitan PTS Islamika Sdn. Bhd di pasaran berdekatan tuan puan yang mampu memberi penjelasan mengenai soal jawab berkait darah wanita.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024