Artikel

Kempen Baca@Ramadan Berjaya Pupuk Galakan Membaca Sempena Ramadan

oleh Roziyah pada 07 Sep 2010

Kedai buku POPULAR yang menyahut kempen BACA@RAMADAN anjuran PTS mengadakan kempen Baca@POPULAR di setiap cawangan buku Popular sepanjang bulan Ramadan ini.

Menurut Pengarah Urusan PTS, Tuan Arief Hakim Sani Rahmat, POPULAR memberi galakan yang luar biasa hebat kepada PTS bagi menjayakan kempen Baca@Ramadan bagi tahun 2010.

“Baca@Ramadan kali ini mengalami perubahan yang drastik berbanding tahun 2009. Jualan buku-buku juga meningkat semasa kempen Baca@Ramadan kali ini.

“Tahniah juga diucapkan kepada Popular yang menjayakan Baca@Ramadan yang berlangsung sepanjang bulan Ramadan ini,” ujar Tuan Arief dalam ucapan ketika majlis penyerahan duit raya kepada beberapa buah anak yatim seluruh Malaysia anjuran POPULAR.

Tuan Arief juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan media yang bekerjasama dalam mempromosikan kempen Baca@Ramadan anjuran PTS.

POPULAR dalam majlis tersebut  turut mengadakan majlis penyerahan duit raya kepada beberapa buah rumah anak yatim seluruh Malaysia. Tuan Arief beranggapan program anjuran POPULAR ini merupakan inisiatif yang baik dalam membantu mereka yang tidak berkemampuan pada hari raya ini.

“Saya mewakili rakan penerbit mengucapkan terima kasih kepada POPULAR kerana menganjurkan program seperti ini bagi membantu anak-anak yatim yang memerlukan. Menjadi harapan kami selaku penerbit di Malaysia agar program seperti ini diteruskan dari semasa ke semasa,” kata Tuan Arief lagi.

Majlis penyerahan duit raya kepada anak-anak yatim ini diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) sempena sempena BookFest @ Malaysia yang berlangsung pada 4 sehingga 12 September ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024