Artikel

Buku Agama dan Buku Masakan Catat Permintaan Paling Tinggi

oleh Roziyah pada 25 Aug 2010

Timbalan Pengurus Jualan, Tuan Zain Nasri Abdul Aziz

 

Permintaan bagi buku masakan dan buku agama keluaran PTS mencatat jumlah paling tinggi sehingga menyebabkan buku-buku tersebut diulang cetak beberapa kali.

Menurut Timbalan Pengurus Jualan, Tuan Zain Nasri Abdul Aziz, dalam masa yang singkat buku-buku masakan dan buku agama sudah diulang cetak bagi memenuhi keperluan pelanggan.

Beliau berkata, jumlah buku yang dikeluarkan sehingga Ogos tahun ini mencecah 1.662 juta naskah buku.

PTS juga mensasarkan jumlah buku yang dikeluarkan sehingga hujung tahun ini mencecah 2.4 hingga 2.5 juta naskah.

Novel juga memberi pulangan yang memberansangkan. Antara jenis novel yang mendapat jualan tinggi adalah novel sejarah yang jelas mempunyai pengikutnya yang tersendiri.

Antara buku terkini yang masih diulang cetak termasuklah buku Enaknya bersahur, Enaknya berbuka, Travelog Syahadah, Syahadah Gadis Aties dan 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah.

Bagi Tuan Zain, strategi pemasaran PTS yang sentiasa mengikuti trend pasaran semasa menjadikan buku-buku keluaran PTS mendapat jualan tertinggi.

“Trend pengeluaran buku menunjukkan buku yang laris di pasaran merupakan buku-buku kontemporari iaitu buku yang terbit tepat pada masanya di pasaran. Contohnya buku haji yang terbit awal sebelum kursus haji bermula,” jelas beliau lanjut.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024