Artikel

Penulis Buku Masakan PTS Ditimpa Kemalangan

oleh Roziyah pada 25 Aug 2010

Penulis buku masakan PTS, Chef Sarji ditimpa kemalangan yang menyebabkan kecederaan parah di kakinya.

Editor PTS Millenia, Puan Norzilawati Sidek berkata, kaki Chef Sarji yang mengalami kecederaan itu telah dimasukkan besi.

Namun Puan Norzilawati berkata, Chef Sarji juga mengalami masalah radang sendi dan tulang yang menyebabkan kecederaan di kakinya lambat sembuh.

Kejadian berlaku di Bazar Ramadan, Taman Permai Keramat apabila Chef Sarji mengemas gerainya ketika hujan lebat.

Chef Sarji yang mengemas gerainya terjatuh ke dalam longkang sedalam 6 kaki dan menyebabkan kakinya patah.

Lebih malang apabila isteri Chef Sarji yang juga seorang surirumah hilang pendapatan kerana selama ini Chef Sarji yang menjadi sumber pendapatan utama keluarganya.

Bapa kepada 7 orang anak ini sudah siap menghasilkan 7 buah buku bersama PTS dan akan diterbitkan tidak lama lagi.

Kakitangan PTS Millenia juga mengadakan derma kilat bagi membantu meringankan beban yang ditanggung oleh Chef Sarji.

Warga PTS mendoakan agar Chef Sarji cepat sembuh dan dapat menjalankan tugasnya seperti sedia kala.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024