Artikel

Buku Baik Tapi Tidak Laku

oleh Helmi pada 02 Aug 2005

Tidak hairanlah apabila buku-buku yang menang anugerah itu dan anugerah ini jarang sekali mengalami peningkatan jualan selepas kemenangan itu diisytiharkan.

Laku ataupun tidak sesebuah buku itu ditentukan oleh banyak faktor. Antara faktor-faktor itu adalah kesanggupan penerbit menjalankan aktiviti promosi dan pemasaran.

Apabila buku saudara sudah diterbitkan, apakah strategi promosi dan pemasaran yang digunakan oleh penerbit bagi meningkatkan jualan buku saudara itu?

Penerbit-penerbit kecil lazimnya tidak menjalankan usaha promosi dan pemasaran oleh itu mereka tidak melabur dalam pembiayaan kos promosi dan pemasaran disebabkan modal perniagaan mereka yang terbatas. Oleh itu mereka hanya berusaha menjual sahaja. Tanpa promosi yang kuat jualan tidak dapat ditingkatkan.

Ada pula penerbit besar yang mampu membiayai kos promosi, sayangnya strategi promosi yang mereka gunakan bukan strategi berkesan. Sebagai contoh mereka melaburkan banyak wang bagi mengadakan majlis pelancaran buku, sedangkan kajian mendapati tidak perkaitan langsung antara gaya pelancaran buku yang dijalankan di negara kita ini dengan peningkatan jualan buku yang dilancarkan itu!

Strategi menjemput ‘orang besar’ bagi melancarkan buku adalah strategi yang paling membazir apabila diukur dari sudut keberkesanan jualan buku.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025