Artikel
Teruskan usaha cemerlang ini
oleh Helmi pada 02 Aug 2005
Assalamualaikum.
Pertamanya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada PTS kerana telah mengeluarkan bahan bacaan bermutu tinggi dengan harga yang berpatutan. Keluaran buku PTS telah `menyelamatkan’ ketandusan bahan bacaan Bahasa Malaysia yang `berfaedah’.
Bahan bacaan Bahasa Malaysia sekian lama dilambakkan dengan topik hiburan dan cerita seram yang mana penerbit merasakan hanya topik sedemikian yang mampu menarik pembaca Melayu. Topik `serius’ dan `ilmiah’ tidak mampu dijual. Ternyata buku-buku PTS mampu menarik pembeli dengan ilustrasi yang menarik dan cara penyampaian yang menyeronokkan. Teruskan usaha cemerlang ini.
Saya ingin mencadangkan agar satu koleksi buku `DIY’ dilancarkan. Contohnya cara-cara membaiki `plumbing’ di rumah. Saya dapati ramai orang tidak tahu bagaiman membaiki kerosakan kecil di rumah seperti paip/sinki bocor/`leak’dan mengecat. Ilustrasi yang `detail’ perlu disertakan agar pembaca benar-benar faham cara membuatnya.
Sekian, terima kasih.
kiriman:
Nor Hayati Nawawi Suri
[email protected]
Jawapan dari PTS:
Terima kasih atas emel saudari. Perjuangan PTS adalah untuk memartabatkan industri buku bahasa Melayu khususnya buku-buku ilmu. Ini adalah komitmen PTS yang berterusan. PTS memerlukan sokongan dari orang ramai samada dalam bentuk cadangan komen agar kami dapat mempertingkatkan mutu serta produktiviti kami.
Insya’Allah dalam tahun ini PTS akan menerbitkan beberapa set buku DIY. Sebagai permulaan 4 set buku akan diterbitkan dalam tempoh terdekat. PTS juga mengalu-alukan sebarang manuskrip dari mana-mana individu yang berminat menulis untuk menambah koleksi buku-buku bidang DIY ini.