Artikel

Buku Kanak-Kanak PTS Jadi Bahan Pembelajaran dalam Rancangan TV3 Kids

oleh Roziyah pada 31 May 2011

Buku-buku terbitan PTS semakin mendapat tempat di hati pembaca termasuklah syarikat-syarikat televisyen di Malaysia.

Melalui penggunaan bahasa yang mudah dan ringkas, buku kanak-kanak PTS menarik minat penerbit bagi membantu dalam rancangan-rancangan terbitan mereka.

Terbaru, slot TV3 kids membawakan rancangan televisyen terbaru bagi kanak-kanak berusia 4 hingga 8 tahun. Melalui rancangan Pukul Berapa Datuk Harimau ini, TV3 Kids menggunakan buku kanak-kanak terbitan PTS bagi membantu pembelajaran dalam rancangan tersebut.

Pukul Berapa Datuk Harimau ini mula disiarkan di TV3 bermula 13 Jun ini. Rancangan 26 episod ini akan disiarkan setiap hari isnin bermula jam 9.30 pagi.

Menurut Penolong Penerbit, Puan Nor Habibah Abdul Jalil, buku-buku terbitan PTS banyak membantu pihak produksi bagi mengendalikan psikologi kanak-kanak selain menjadi bahan yang menceriakan lagi rancangan kanak-kanak.

PTS juga kini giat bekerjasama dengan Media Prima bagi menerbitkan rancangan kanak-kanak yang membentuk peribadi berkualiti dan berilmu.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2026