Artikel

Diskaun Kepada Pemegang Kad Meriah di Pesta Buku Mydin

oleh Roziyah pada 30 May 2011

Pesta Buku Mydin yang sedang berlangsung di Mydin Wholesale Hypermarket USJ, Subang Jaya mendapat sambutan hangat terutamanya daripada pelajar sekolah dan pengunjung berhampiran USJ, Subang.

Berikutan sambutan baik yang diberikan, pengurusan Mydin berbesar hati memberi potongan 20 peratus kepada pemegang kad Meriah Mydin sepanjang pesta buku Mydin ini berlangsung.

Pengunjung boleh mendaftar kad Meriah ini di Mydin, USJ Subang Jaya sendiri.

Melalui Pesta Buku Mydin ini juga, pengunjung boleh mendapatkan buku-buku terbaik dan laris di pasaran dengan harga yang jauh lebih murah.

PTS juga akan membawakan penulis-penulis novel sejarah yang hebat pada 5 Jun ini bagi bertemu dengan peminat-peminat di sekitar USJ, Subang Jaya.

Sertai Pesta Buku Mydin yang diadakan bermula 27 Mei sehingga 12 Jun 2011 bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Dapatkan buku-buku terpilih dan menarik keluaran PTS buat bacaan tuan dan puan seisi keluarga.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025