Artikel
Buku Kerjaya Pegawai Tadbir dan Diplomatik Bantu Jawab Soalan
oleh Roziyah pada 09 Jul 2010
Buku Kerjaya Sebagai Pegawai tadbir dan Diplomatik(PTD) membantu pembaca khususnya mereka yang berminat dalam bidang PTD.
Penulis cuba menjawab segala persoalan yang membelenggu mereka yang ingin menceburkan diri dalam bidang PTD.
Menurut penulisnya, Tuan Salehuddin Md. Dahlan buku ini memberi maklumat dan kelayakan asas yang diperlukan untuk menjadi seorang PTD.
"Saya juga menceritakan halangan dan cabaran dari awal untuk berkhidmat dengan PTD iaitu bermula dengan proses temuduga hinggalah berjaya dipilih," kata beliau.
Tuan Salehuddin yang sudah berkhidmat selama 6 tahun dalam bidang PTD juga menceritakan cabaran dan realiti sebagai pegawai PTD.
Bagi beliau, ini merupakan satu landasan awal untuk pelajar mendalami segala yang diperlukan untuk menjadi seorang pegawai PTD.
Beliau juga pernah menerima email daripada pembaca yang membaca bukunya dan akhirnya berjaya dilantik sebagai pegawai PTD.
Tuan Salehuddin juga kini aktif dalam memberi maklumat dan informasi terkini kepada pembaca di http://ptdblog.wordpress.com/ kerana banyak lagi perkara berkaitan PTD yang harus diketahui sebelum seseorang itu memasuki PTD.
Beliau juga kini bercadang untuk menghasilkan novel berkaitan kerjaya sebagai PTD. Novel itu selain memberi hiburan kepada pembaca, ia akan membantu pembaca terutamanya pelajar mengetahui pekerjaan sebagai PTD.
Beliau sebelum menamatkan perbualannya berkata berharap PTS dan anak syarikat akan terus cemerlang dalam memandaikan anak bangsa.
"PTS merupakan salah satu penerbit buku yang bagus untuk semua golongan tidak kira sebagai pembaca, penulis mahupun pemain dalam industri penerbitan yang lain," kata beliau lagi.