Artikel
Hari Keluarga PTS 2010 Meriah
oleh Roziyah pada 12 Jul 2010
PTS telah mengadakan hari keluarganya pada 9 hingga 11 Julai lalu di gambang dengan meriahnya.
Pelbagai aktiviti telah diadakan bagi meraikan semua pihak pengurusan dan staf PTS.
Hari keluarga tersebut juga turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengerusi PTS, Puan Ainon Mohd, Penasihat PTS, Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan serta pengarah urusan PTS, Tuan Arief Hakim Sani Rahmat.
Selain mengadakan pelbagai aktiviti untuk pihak pengurusan dan staf PTS hari keluarga tersebut dijayakan dengan mengadakan Majlis Makan Malam yang membawa tema Hikayat 1001 Malam.
Staf PTS turut mengadakan persembahan menarik untuk meraikan majlis makan malam PTS kali ini.
Pelbagai anugerah dan hadiah menarik diterima pada malam tersebut. Antara anugerahnya adalah Anugerah Pasangan Bagaikan Khadijah Di Hati Rasulullah yang telah diterima oleh Puan Ainon Mohd dan Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan.
PTS juga mengucapkan terima kasih kepada semua penaja yang telah menaja hari keluarga PTS untuk tahun ini.
Antara penaja yang terlibat adalah Bukit Gambang Resort City, BS Print (M) Sdn. Bhd., Percetakan Zafar Sdn Bhd, Prin Ad Sdn Bhd, Public Bank Berhad (Sri Gombak), Eon Bank Sri Gombak, Singa Trading (M) Sdn Bhd, Spicers Paper(Malaysia) Sdn Bhd, Hai Ming Industries Sdn Bhd, Supreme Creation Sdn Bhd, Al-Hidayah Publisher, Penulis-penulis PTS serta Pengurusan Tertinggi Kelab PTS.