Cara Berkesan Menyiasat Perubahan Hidup dengan Who Moved My Cheese

oleh Asri Yussof pada 28 Sep 2017

question-mark-2492009_960_720

Buku “Who Moved My Cheese?” ini merupakan sebuah buku motivasi diri yang mana ditulis dalam bentuk cerita pendek. Ia boleh mengambil masa satu jam atau lebih untuk menghabiskan satu buku ini. Ceritanya yang ringkas dan dapat membuat kesimpulan untuk menyedarkan kita  tentang kehidupan ini penuh dengan perubahan, dan bagaimana kita menghadapinya.

“Semakin penting erti cheese bagi anda,semakin anda ingin mempertahankannya.”

Di dalam buku ini terdapat empat watak iaitu dua ekor tikus (Sniff & Scurry) dan dua orang manusia kerdil (Haw & Hem). Mereka tinggal di dalam ‘maze’. Keempat-empat watak ini menggambarkan empat perwatakan kebiasaan manusia dalam menghadapi arus dan perubahan dalam kehidupan.

fft

Klik disini untuk mendapatkan buku ini. 

Setiap hari Sniff & Scurry akan berjalan-jalan di dalam kota sesat itu, dengan harapan akan bertemu akan sesuatu. Begitu juga dengan Haw & Hem. Pada suatu hari, mereka bertemu dengan suatu tempat simpanan keju. Secara kebetulan Haw & Hem juga turut menjumpai tempat itu. Bekalan keju di situ sungguh banyak dan lazat. Lalu setiap hari mereka akan berulang alik dari rumah mereka untuk menjamu selera di situ dan perkara itu menjadi rutin harian mereka.

Namun pada suatu hari, mereka mendapati keju-keju itu telah hilang. Bagamaina mereka berempat menghadapi masalah keju yang hilang secara misteri itu menjadi jalan cerita utama di dalam buku ini.

Keju di dalam buku ini sebenarnya mewakili apa sahaja yang ingin kita capai dalam kehidupan. Kejayaan, kebahagiaan, perhubungan keluarga, karier, pelajaran dan lain-lain lagi. ‘Maze’ atau kota sesat pula mewakili keadaan persekitaran kita.

Menarik: Mulakan Perubahan Positif: Who Moved My Cheese

Menarik: Pilihan Terbaik PTS @ PBAKL 2013: Who Moved My Cheese? (Edisi Bahasa Melayu)