Artikel

Cara Mengelak Pertengkaran Dalam Rumahtangga

oleh Huzaifah Abd Jamil pada 15 Aug 2016

“Abang, saya tidak tahan bekerja di situ. Kondisinya kurang memuaskan.”

“Biasalah. Abang dahulu pun pernah berkerja dalam keadaan sama. Okay sahaja.”

“Saya tidak sama macam abang! Sudahlah!”

Saya berasa marah campur bingung. Dimana silap saya? Adakah kata-kata saya tadi keterlaluan? Saya sekadar mahu memberi kata-kata perangsang sahaja, salahkah?

Sudah beberapa kali saya dan pasangan mengalami situasi ini. Kadang-kala, kami sendiri tidak faham apa yang masing-masing mahukan apabila memulakan perbualan. Akhirnya, pertengkaran yang menjadi penyudah.

Ada juga saya bertanya pendapat seorang rakan, bagaimana caranya menjaga keharmonian rumahtangga, sehinggalah beliau memberikan saya sebuah buku; Men Are From Mars, Women Are From Venus edisi bahasa melayu terbitan PTS.

Saya cuba membaca dan memahami buku itu. Ada satu bab yang menarik minat saya; bagaimana mengelakkan pertengkaran. Saya kira, ini amat dekat dengan situasi rumahtangga yang saya hadapi sekarang.

‘Seperti mana komunikasi adalah elemen terpenting dalam rumahtangga, pertengkaran adalah elemen yang paling destruktif’.

Saya rasa bersetuju dengan petikan ini.

Bukankah dengan komunikasi yang jelas, pasangan mampu memahami dan menaikkan atmosfera keharmonian dalam rumahtangga.

Saya teruskan bacaan. Rupa-rupanya, ada cara kita mengelakkan pertengkaran komunikasi antara pasangan. Apabila merasakan atmosfera perbualan semakin terarah kepada pertengkaran,

berhenti bercakap. Bertenang. Kemudian cuba berbincang semula tetapi dengan cara yang lebih terhormat dan penuh kasih sayang.

Baca juga, Memperbaiki Hubungan Istimewa Anda

Baca karya Dr. John Gray di sini

Beli buku ini di Bookcafe, dapatkan juga secara kombo

Wah! Ini betul-betul satu benda yang baru bagi saya! Tidak pernah terfikir, cara komunikasi yang betul akan membuatkan suasana rumahtangga lebih harmoni.

Selang beberapa hari, pasangan saya mengomel;

Antara baju ini dan itu, abang rasa yang mana sesuai untuk saya?

Saya jawab; yang ini abang rasa sesuai untuk kamu.

Pasangan saya membantah; tetapi yang itu lebih cantik.

Saya terfikir mahu menjawab ‘Jadi kenapa tanya saya?’,

tetapi saya cuba melakukan sesuatu yang baru; abang juga rasa begitu.

Hasilnya, hari itu dengan berbesar hati pasangan saya belanja satu baju kemeja lengkap berseluar! Cubaan yang berjaya cemerlang! Saya rasa, suami-suami diluar sana harus belajar sesuatu dari buku ini!

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024