Artikel

Celaru Personaliti

oleh Helmi pada 01 Jun 2005

Tanda orang yang mengalami kecelaruan personaliti seperti menghadapi tekanan jiwa, masalah bimbang, resah, cepat marah, antisosial ataupun terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Faktor-faktor harian, kemiskinan dan layanan ibu bapa mungkin ada hubungkait dengan kecelaruan per-sonaliti. Terdapat beberapa jenis kecelaruan personaliti yang biasanya melanda golongan remaja (Mohd Salleh Lebar, 1999:181-183) iaitu:

*Kecelaruan Personaliti Afektif*
Individu yang mengalami kecelaruan personaliti jenis afektif kelihatan tidak bertenaga, resah, mudah rasa bersalah dan diselubungi kebimbangan. Ini adalah per-ubahan afek atau mental-emosi sebagai trait personaliti dan bukan simptom.

*Kecelaruan Personaliti Antisosial*
Kecelaruan personaliti antisosial banyak berlaku di kalangan remaja lelaki. Antara ciri-cirinya adalah:
    Suka menipu dirinya dan orang lain.
    Lari dari rumah.
    Tidak suka belajar.
    Melawan guru.
    Suka bergaduh.
    Mencuri.
    Melakukan hubungan seks tanpa nikah.
    Melanggar peraturan yang dibuat oleh masyarakat.

Biasanya, individu yang terlibat dalam masalah ini sukar menyedari kesumbangan perilakunya dan mengambil masa yang panjang membetulkan semula perilaku itu.

*Kecelaruan Personaliti Obsesional*
Kecelaruan jenis ini tidak keterlaluan apabila di-bandingkan dengan yang lain. Individu yang mengalami kecelaruan ini biasanya berasa bimbang, tidak selamat dan sukar menyesuaikan diri dengan orang lain. Bagi mengatasinya, individu itu cuba mengawal suasana persekitaran bagi menyesuaikan diri dengan kehendak perasaannya.

Jika dia pelajar, segala perkara yang disuruh oleh gurunya dibuat dengan bersungguh-sungguh dan ter-atur bagi mendapatkan kejayaan. Mental-emosi boleh dikatakan stabil dan tidak suka memarahi orang lain.

*Kecelaruan Personaliti Paranoid*
Orang yang berumur 25 tahun ke atas mudah menghadapi kecelaruan personaliti paranoid.

Antara sifatnya adalah:
    Cemburu.
    Curiga.
    Cepat sensitif.
    Cepat marah apabila ada orang lain mengusiknya.

Walau bagaimanapun, individu yang mengalaminya dapat mempelajari suatu bidang dengan baik dan bertanggungjawab terhadap pekerjaan dan rumah tangganya serta mempunyai keyakinan diri.

*Kecelaruan Personaliti Histeria*
Kecelaruan seperti ini banyak berlaku di kalangan golongan wanita. Antara cirinya adalah:
    Bertingkah laku dramatik.
    Bercakap bohong.
    Menggunakan pertolongan orang lain bagi ke-pentingan diri.
    Cepat marah.
    Pandai menggoda lelaki.

*Kecelaruan Personaliti Skizoid*
Individu yang mengalami kecelaruan jenis ini adalah orang yang:
    Pendiam.
    Suka hidup bersendirian.
    Tidak mahu berkahwin.
    Tidak mempunyai minat dalam sebarang hal.
    Tidak menunjukkan reaksi mental-emosi apabila dipuji ataupun dikeji.
    Mempunyai cara hidup tersendiri.
Walau bagaimanapun, mereka boleh menumpukan pada suatu pekerjaan dengan baik.

*Kecelaruan Personaliti Astenik*
Individu yang mengalami kecelaruan personaliti astenik biasanya:
    Berasa dirinya lemah.
    Suka bergantung pada orang lain.
    Tidak berani membuat keputusan sendiri.
    Tidak sanggup memikul tanggung-jawab yang ditetapkan.

*Kecelaruan Personaliti Meletup*
Ciri penting individu yang mengalami kecelaruan jenis ini adalah sukar mengawal diri dan cepat marah. Perasaan marah itu kadang-kadang ditujukan kepada orang lain dan diri sendiri apabila dia tidak dapat mengawal perasaannya.

*Kecelaruan Personaliti Histronik*
Individu yang mengalami kecelaruan jenis ini me-nunjukkan sifat matang seperti suka bergembira dan terlalu dramatik. Kadang kala dia suka bergantung pada orang lain.

*Kecelaruan Personaliti Pinggiran*
Keadaan individu yang mengalami kecelaruan jenis ini ialah mengalami gangguan identiti jantina, konsep kendiri, masalah interaksi dengan orang lain dan cepat marah.

*Kecelaruan Personaliti Narsisistik*
Ciri individu yang mengalami kecelaruan jenis ini adalah mementingkan diri sendiri. Tetapi pada masa yang sama mengharapkan perhatian dan pujian daripada orang lain.
 
Tidak dapat dinafikan, ramai dari-pada kalangan remaja mempunyai kecelaruan personaliti. Kecelaruan yang banyak menimbulkan masalah adalah kecelaruan personaliti antisosial. Walau bagaimanapun, kecelaruan personaliti tidak sepatutnya dianggap sebagai penyakit. Tetapi hanya sebagai variasi atau kelainan yang melebihi had personaliti normal.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024