Artikel

Celcom Tingkatkan Liputan Pada 2011

oleh Roziyah pada 03 Mar 2011

Celcom Axiata bhd merancang melabur RM1 bilion pada tahun ini bagi meningkatkan liputan, kapasiti dan kualitinya dalam usaha bagi memberikan akses yang lebih baik dan sambungan yang lebih pantas kepada pengguna.

Peningkatan rangkaian itu akan membawa Celcom ke arah infrastruktur semua IP, mengubah tapaknya kepada struktur single-RAN (rangkaian akses radio) dan bersedia menggunakan perkhidmatan LTE (evolusi jangka panjang) pada masa hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Shazalli Ramly menjelaskan kepada media, Celcom akan memulakan proses transformasi rangkaian yang agresif dan perubahan single-RAN utama akan dilaksanakan seawal suku tahun ini.

” Perubahan rangkaian ini akan lebih agresif setelah syarikat terus memasuki 2011 dan syarikat mungkin mengeluarkan RM700 hingga RM800 juta dalam tempoh tiga tahun bagi persediaan dengan LTE,” jelas beliau lanjut.

Melalui perbelanjaan yang diperuntukkan, 60 peratus akan dibelanjakan bagi meningkatkan rangkaian data manakala 40 peratus akan digunakan bagi mengekalkan rangkaian operasi semasa.

Beroperasi dengan rangkaian single-RAN akan membolehkan pengendali membina kapasiti tambahan dalam rangkaian 3G dan GSM serta bagi memastikan peralihan lancar bagi perkhidmatan berasaskan LTE apabila keperluan timbul pada masa hadapan.

Tahun 2010, pelanggan Celcom terus mengalami gangguan perkhidmatan rangkaian disebabkan oleh kadar vandalisme yang tinggi. Kos bagi kes vandalisme mencecah hanpir RM40 juta.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024