Artikel

Apple Lancar iPad 2

oleh Roziyah pada 03 Mar 2011

Apple telah melancarkan generasi kedua iPad dalam satu majlis di San Fransisco semalam.

Model terbaru iPad ini dilancarkan oleh ketua eksekutif Apple, Steve Jobs.

Media yang dipetik daripada BBC News menjelaskan iPad 2 ini  mula dijual di Amarika Syarikat pada 11 Mac ini diikuti oleh 26 negara lain pada 25 Mac ini.

Di Amarika, harga bagi iPad pertama tidak mengalami apa-apa perubahan iaitu antara 499 Dolar dan 826 Dolar. Negara-negara lain juga diharapkan dapat mempertahankan harga asal yang ditetapkan ini.

Seiiring dengan peningkatan dalam teknologi, Apple juga memperkenalkan beberapa aplikasi baru bagi iPad 2 ini termasuklah iMovie, Video Editing dan Garage Band.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024