Artikel
Ceramah Penulis di MPH Alpha Angle
oleh Helmi pada 13 Dec 2004
Siri ceramah pendek penulis PTS yang diadakan pada 27 dan 28 November 2004 mendapat sambutan menggalakan dari pengunjung kompleks membeli belah Alpha Angle, Wangsa Maju, KL..
Ceramah ini dianjurkan oleh rangkaian kedai buku MPH Bokstores (M) Sdn Bhd cawangan Alpha Angle dengan kerjasama PTS. Siri ceramah ini adalah sebahagian dari aktiviti-aktiviti penulis tempatan yang disusun oleh MPH sepanjang tahun.
Aktiviti selama dua hari itu melibatkan empat orang penulis PTS dengan dua tema yang berbeza. Pada hari pertama, tema untuk ceramah yang diberikan adalah ‘Petua-petua Keluarga Bahagia” yang disampaikan oleh Dr Robiah Hamzah dan Puan Noralina Omar. Tema untuk ceramah pada hari kedua pula adalah ‘Tip-tip Pekerja Cemerlang” yang disampaikan oleh En Ahmad Fadzli Yusof dan En Naim Jaafar.
Setaip penulis mengambil masa antara 20-30 minit untuk menyampaikan itipati dan ringkasan dari buku mereka yang berkatian dengan tema yang di berikan.
Ceramah yang bermula pada pukul 2 petang itu berlansung selama kira-kira satu jam dan diadakan dilobi MPH. Selama dua hari itu juga, pengurusan MPH Alpha Angle memberikan potongan 10% untuk buku-buku yang ditulis oleh penulis yang terlibat.
Pengunjung MPH yang hadir juga tidak melepaskan peluang untukmengenali penulis-penulis dengan lebih dekat, bertukar-tukar fikiran dan pendapat, bergambar serta mendapatkan autograf mereka.