Artikel

Chef Hanieliza Anjur Kelas Masakan

oleh Roziyah pada 17 Feb 2011

Penulis buku masakan yang popular dengan koleksi buku Senangnya Memasak kini membawakan kelainan kepada peminat beliau dengan menganjurkan kelas masakan khas buat semua peminatnya.

Buku-buku tulisan Chef Hanieliza yang mendapat sambutan luar biasa daripada peminat pelbagai bangsa ini menjadi inspirasi kepada beliau bagi menganjurkan kelas masakan kepada semua peminat dunia masakan.

Tuan dan puan yang berminat menyertai kelas masakan anjuran Chef Hanieliza ini boleh terus menghubungi Puan Noni di talian 019-95356134 bagi membuat pendaftaran.

Bertempat di Pusat Komuniti, Apartment Putri, Jalan Setiawangsa 21, Kuala Lumpur, Chef Hanieliza akan mengajar pelbagai jenis masakan istimewa antaranya seperti Nasi Kashbah Kambing, Ayam Kismis, Cream Puff dan beberapa lagi masakan khas buat mereka yang menyertai kelas masakan ini.

Daftar sebelum 25 Februari ini bagi mendapatkan tempat bagi menyertai kelas masakan ini. Kelas masakan istimewa Chef Hanieliza ini diadakan pada 26 Februari.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025