Artikel

Chef Hanieliza tampil dengan Kitab Resipi 1001 Hidangan Istimewa

oleh Asri Yussof pada 14 Nov 2018

Sebelum ini, Chef Hanieliza yang terkenal dengan buku 1 Hari 1 Resipi, kini beliau muncul dengan buku resipi yang terbaru dari PTS, iaitu Kitab Resipi 1001 Hidangan Istimewa. Kitab Resipi adalah hasil air tangan Chef Hanieliza yang mengandungi 1001 resipi ‘gerenti jadi’ yang praktikal dan pastinya lazat. Himpunan 1001 resipi daripada pelbagai kategori yang pastinya memberikan idea terbaik buat suri di dapur.

chef hanieliza

Klik di sini untuk memiliki buku ini.

Chef Hanieliza berasal dari Kuala Lumpur dan sudah menetap di Kerteh, Terengganu selama 26 tahun. Beliau mula aktif dalam bidang masakan sejak berumur 26 tahun. Pengalamannya dalam bidang yang diminatinya ini amat luas. Antaranya beliau aktif menjadi guru masakan di tempat Kerteh, Terengganu selain aktif menulis resipi masakan dalam blognya (http://hanieliza.blogspot.com), dan fotopages (http://hanieliza.fotopages.com) selain aktif dalam forum masakan di internet.

Beliau sudah menghasilkan dua buah buku iaitu Aneka Talam & Lapis pada tahun 2006 terbitan Alaf 21 dan terlibat dengan Majalah JELITA sebagai chef jemputan untuk Hidangan Pengantin pada Ogos 2007 dan Juadah Terengganu pada September 2008.

Sejak Jun 2009, hingga Ogos 2009, beliau sudah menghasilkan 10 buah buku Senangnya Memasak bersama PTS Millennia Sdn. Bhd. Dalam tempoh tiga bulan sahaja, buku-buku resipinya sudah habis terjual 10 ribu naskhah dan 5 daripadanya sudah diulang cetak.

Beliau pernah muncul di rancangan Wanita Hari Ini, TV3 dan Rancangan Nasi Lemak Kopi O, di TV9. Selain itu, beliau juga dijemput membuat demo masakan di beberapa buah kedai buku utama; MPH Mid Valley dan Popular Ikano sempena Pesta buku Popular.

Kitab Resipi 1001 Hidangan Istimewa memberi lebih terperinci untuk setiap resipi yang terdapat di dalam buku ini. Walaupun kita lebih mudah untuk memiliki resipi-resipi di pelbagai website di internet, tetapi apa yang ada di dalam buku sebenarnya lebih mudah untuk kita belajar memasak di rumah.

Mengikut Sally Ekus, agen sastera masakan dari The Lisa Ekus Group, “Buku resipi harus menawarkan lebih daripada hanya resipi kerana sesiapa sahaja boleh mendapatkan resipi dalam talian. Dalam banyak cara, mereka telah menjadi buku cerita yang besar dan indah.”

Tambah beliau lagi, mereka yang menulis dan mengumpul resipi ini adalah dikalangan ‘showpieces’ yang memberi penghormatan kepada masakan atau tempat atau ramuan. Mereka adalah tukang pengumpul untuk memasak dan mencintai dan mencetak.” jelasnya kepada Huffpost.com.

Jadi kepada diluar sana yang ingin belajar memasak atau menjadi seorang yang berseni dalam bidang kulinari, jangan berkira-kira untuk mendapatkan buku resipi terbaru daripada Chef Hanieliza ini- Kitab Resipi 1001 Hidangan Istimewa

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024