Artikel
Chit Chat Bersama Penulis Nurul Zahidah & Ilya Alias
oleh [email protected] pada 16 Mar 2010
Siapa Lebih Popular? karya Nurul Zahidah. Sebagai info, Nurul Zahidah penulis berusia 16 tahun, dan kini menyambung pelajaran di MRSM. Hebat tidak? Menurut Editor yang menguruskan buku itu plot cerita memang memahami citarasa pelajar perempuan dan beliau jatuh cinta.
Sinopsis buku ini mengisahkan Elly dan rakan-rakannya adalah sekumpulan pelajar biasa dan kurang popular berbanding The Glamourous Girls. Namun populariti The Glamourous Girls tergugat apabila Mia, seorang pelajar baharu di sekolah mereka dan menjadi sebahagian daripada kumpulan Elly..
Manakala, buku O.T.A.I Lawan Jadi Kawan tulisan Ilya Alias memaparkan Asya Emelda dan Maisarah adalah pelajar ambilan kedua tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tengku Basyirah, sebuah sekolah berasrama penuh. Imtiyaz dan Rozita pula pelajar tingkatan 1 ambilan pertama, jadi mereka merasakan mereka mempunyai kuasa membuli pelajar baharu seperti Asya Emelda dan Maisarah. Atas inisiatif Asya Emelda yang mahu berbaik-baik dengan Imtiyaz dan Rozita, mereka akhirnya berkawan baik.
Penulis yang juga bakal guru Matematik ini akan bersama Nurul Zahidah di Booth PTS pada 20 Mac 2010 bermula jam 10.00 hingga 11.00 pagi.