Artikel
Saridah Hamid Memperkenalkan Young Aisyah
oleh [email protected] pada 17 Mar 2010
Siri Young Aisyah hasil kreativiti Saridah Hamid menggamit pengalaman zaman kanak-kanak Aisyah yang pastinya sering berlaku semasa pembaca kecil. Aisyah memulakan kehidupan baru di kampung dan memerlukan dia berpindah. Dia perlu berusaha menyesuaikan diri dengan suasana baru dan kawan yang mula mahu mengenali dia. Nini adalah kucinng Aisyah yang setia menemani dia semasa mula berpindah. Baca juga Aisyah dan rakan-rakan menyertai hari sukan sekolah. Juga Aisyah melayan rakannya yang hanya mendiamkan diri dan tidak mahu menyertai pertandingan itu. Juara pertandingan lari 100 meter dapat diketahui melalui buku Juara Kampung Badak Berendam.
Gelagat Aisyah akan dapat diketahui apabila sesi kuiz dan bersama penulis Saridah Hamid melalui siri buku Young Aisyah, Pindah Rumah, Buli, Juara Kampung Badak Berendam, Ponteng Puasa, Cuti Sekolah, Sayang Cikgu dan Summer Camp. Temui penulis dan rebut hadiah eksklusif daripada beliau pada 20 Mac 2010 di Booth PTS bermula jam 12.00 tengah hari hingga 2.00 petang.