Artikel
Cinta Kerana Allah : Saksikan Drama Ulangan Warkah Cinta dan Cinta & Wahyu di TV AL-Hijrah
oleh Nur Shabirah Yahya pada 28 Feb 2014
Bermain cinta dengan kata-kata kadangkala lebih bermakna daripada bercinta dengan emosi.
Emosi yang boleh memakan diri diselindung di sebalik kata-kata yang mampu memujuk hati.
Begitulah kisah penuh pengajaran yang diketengahkan oleh penulis untuk menarik minat penontonnya.
Drama Warkah Cinta dan Cinta & Wahyu sekali lagi menemui penonton melalui siaran ulangan yang bakal ditayangkan di kaca tv bermula 18 Februari dan 2 Mac 2014 pada setiap hari jam 2.30 petang.
Kisah yang terhalang dek kerna menjaga hati menyebabkan ego terpaksa diletakkan pada tahap yang paling tinggi mendahului nafsu.
Oleh itu, jangan lepaskan peluang menyaksikan drama Islami ulangan yang bakal ditayangkan di TV Al- HIJRAH ini.