Artikel

Cipta Penyelesaian Efektif Anda: The Power of Focus

oleh Muhammad Syarafuddin Sulaiman pada 20 May 2015

“The Power of Focus mengandungi kemampuan yang cukup bagi membolehkan sesiapa sahaja, mencipta satu pelan penyelesaian yang efektif, dalam menyelesaikan sebarang bentuk halangan.”

Begitulah dakwaan salah seorang pembaca buku ini.

Bunyinya seolah-olah berlebih-lebih pula. Tetapi apabila lebih daripada 600 000 pembaca di seluruh dunia mendapat manfaat daripada naskah ini, tentulah ini bukan buku biasa-biasa.

The Power of Focus membawa kita melalui 11 bab yang cukup terperinci.

Setiap bab mengandungi pelan tindakan yang berisi langkah-langkah khusus, bagi mencapai setiap sasaran kita.

Selain itu, terdapat juga ruang-ruang kosong untuk diisi, supaya kita mampu mengubahsuai pelan-pelan yang dicadang tadi, sesuai dengan keperluan sendiri.

Dalam edisi terbaru yang juga edisi sempena 10 tahun buku ini diterbitkan, tiga pengarang yang cukup terkenal ini telah mengemaskini naskhah The Power of Focus, supaya isi-isinya bertambah nilai.

Apabila membaca setiap bab buku ini, kita akan temui testimoni daripada pembaca lain, yang benar-benar wujud.

Bagaimana mereka mengalami masalah seumpama kita, dan bagaimana langkah-langkah yang dikongsi, membantu.

The Power of Focus. Mungkin inilah jawapan yang dicari selama ini.


Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024