Artikel

Peristiwa Berdarah Paling Menyayat Hati: Atlas Perang Salib

oleh Muhammad Syarafuddin Sulaiman pada 21 May 2015

Perang Salib adalah peristiwa berdarah paling menyayat hati antara umat Islam dan Kristian.

Tragedinya begitu dahsyat sekali.

Ini sehinggakan sejarawan Barat sendiri, antaranya Gustave Le Bon menyatakan, “Bangsa kita memang sudah melampaui batas dalam menumpahkan darah di Haikal Sulaiman hingga mayat yang bergelimpangan terendam dalam takungan darah. Tangan-tangan dan kaki mayat seakan-akan berenang, sedangkan askar Salib sendiri tidak sanggup mencium bau yang keluar daripada mayat!”

Dalam buku ini, diceritakan dengan terperinci isi-isi berkaitan perang yang berlanjutan sehingga hampir 200 tahun ini.

Antaranya terjawab soalan siapakah yang memulakan Perang Salib. Adakah Timur ataupun Barat?

Turut dilihat faktor dan juga kesan daripada perang ini kepada yang terlibat. Kemusnahan dan kematian yang luar biasa misalnya.

Selain itu, kita dapat melihat banyak maklumat-maklumat. Contohnya berapa banyak siri perang yang berlaku dalam Perang Salib dan apakah yang berlaku dalam setiap satunya.

Juga apakah penglibatan sebenar legenda Islam, Salahuddin Al-Ayubi. Turut tidak dilupakan tentunya, siapakah yang berjaya menamatkan tragedi duka dan panjang ini.

Dengan isi sepenuhnya berwarna, lengkap dengan gambar-gambar dan juga himpunan peta lokasi, Atlas Perang Salib sememangnya tampil menarik.

Apatah lagi dengan pakej berkulit tebal dan saiznya yang setara atlas-atlas lain, menjadikan buku ini, cukup sesuai disimpan sebagai koleksi.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024