Artikel

Cloud Reader Dilancarkan Oleh E-Sentral

oleh Azree pada 08 Aug 2012

Cloud Reader Ebook

E-Sentral merupakan salah satu ebookstore yang menjual ebook PTS. Sebelum ini mereka membangunkan apps mereka yang membolehkan para pengguna membeli dan memuat-turun ebook terus ke iPhone dan iPad.

Terkini, E-Sentral memperkenalkan Cloud Reader, yang membolehkan para pengguna membaca terus menggunakan web browser. Ini dapat memudahkan lagi para pembaca bagi membaca ebook melalui PC dan laptop.

Buat masa ini, ia hanya menyokong Firefox sahaja. Pembaca mesti menggunakan sekurang-kurangnya Firefox 13. E-Sentral menggalakkan pembaca mengemaskini Firefox mereka ke edisi terkini.

Menurut pihak E-Sentral, mereka akan menyokong lebih banyak browser di masa depan.

Misi mereka adalah supaya ebook boleh dibaca di mana-mana sahaja dan melalui apa sahaja device.

Cloud Reader ebook

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025