Artikel

Dakwah Sentap atau Berbunga? - Uslub Dakwah

oleh Asri Yussof pada 02 Sep 2018

Semenjak rancangan pertandingan realiti TV keagamaan menjadi popular di Malaysia, bermula dengan Imam Muda, dan seterusnya dengan pertandingan Ustazah Pilihan, Daie, dan Pencetus Ummah, rata-rata rakyat Malaysia ada yang memberi komen yang positif dan sebaliknya.

Ada yang berdakwah dengan cara baik, tidak menyindir, malah ada dikalangan pendakwah ini menggunakan cara yang sebaliknya. Katanya dakwah itu macam-macam cara, ada ketika dakwah secara sentap juga adalah dakwah yang hikmah. Katanya hikmah itu bukan bermaksud dakwah lembut, tapi hikmah adalah dakwah yang bijaksana- jadi menyindir juga adalah salah satu cara dalam berdakwah.

Berbeza dengan Azzah AR, penulis, aktivis dan penggembara, beliau mempunyai pandangan yang berbeza. Dalam tweet PU Amin di twitter, beliau membalas tweet tersebut dengan satu kenyataan yang sangat menarik,

tuan yang terlebih dahulu memilih konotasi negatif dalam menegur. Ingat, tuan tak boleh kawal respons orang. Tuan hanya mampu kawal pemilihan perkataan sendiri.

PU Amin

Bercakap mengenai cara berdakwah (Uslub Dakwah), Ustaz Abdullah Khairi telah menulis tiga buah buku dengan tajuk yang sangat tajam. Tuhan Bayar Cash, Syurga Pak Hang dan Sound Direct!

Uslub dakwah adalah signifikan bagi mempastikan mesej dakwah sampai kepada mad’u (yang diseru) dengan lebih berkesan. Tahap kesukaran bagi seseorang pendakwah dalam menyampaikan dakwahnya adalah bergantung kepada Uslub dakwah yang digunakan

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024