Artikel
Dato’ A. Samad Said Turun Padang Meriahkan PBKKL 2010
oleh Roziyah pada 14 Dec 2010
Bagi menambahkan keterujaan pengunjung Pesta Buku Kanak-kanak Kuala Lumpur (PBKKL), PTS Fortuna Sdn. Bhd membawakan Sasterawan Negara (SN), Dato' A. Samad Said atau lebih dikenali sebagai Pak Samad ke booth PTS pada 25 Disember ini.
PTS Fortuna juga menyediakan aktiviti menarik bersama Pak Samad bagi memberi peluang kepada pembaca cilik mengenali Pak Samad dengan lebih dekat lagi.
Antara aktiviti bersama Pak Samad yang disediakan khas buat pengunjung-pengunjung yang hadir di booth PTS termasuklah memperkenalkan siri Apresiasi Remaja Sasterawan Negara PTS.
Selain itu, PTS Fortuna juga mengadakan temubual eksklusif bersama Pak Samad. Pengunjung yang hadir juga dapat beramah mesra dan mengutarakan soalan kepada sasterawan negara yang tersohor ini.
Kehadiran Pak Samad pada 25 Disember ini diharapkan dapat mendekatkan lagi pembaca cilik dengan sasterawan negara yang menghasilkan karya-karya hebat dan diiktiraf.