Artikel
Perjuangan BMT dalam Komik Perlu Diteruskan - Kartunis Tembakau
oleh Roziyah pada 14 Dec 2010
Perjuangan bagi mempertahankan dan memartabatkan Bahasa Melayu Tinggi (BMT) menerusi semua karya perlu diteruskan dari semasa ke semasa.
Bagi pelukis komik terkenal, kartunis Tembakau, tindakan PTS bagi memartabatkan BMT melalui komik dianggap sebagai satu tindakan yang berani.
"Penggunaan BMT dalam komik perlu bagi memartabatkan bahasa Melayu. Mungkin ada sesetengah kartunis sukar mengaplikasikan BMT dalam karya mereka. Itu terpulang kepada pengkarya itu sendiri. Setiap pengkarya punya pendapatnya yang tersendiri," jelas Tembakau.
Bagi beliau, karya masih yang menggunakan BMT masih boleh menarik perhatian pembaca kerana yang lebih penting dalam sesebuah karya adalah cara penyampaian dan kreativiti penulis itu sendiri.
"Bahasa melambangkan bangsa. Penggunaan BMT dalam komik dapat membentuk bangsa itu sendiri," jelas beliau lanjut.
Tembakau sebelum ini terkenal melalui komik Kartini kini kembali menemui peminat-peminat komik di Malaysia apabila muncul dengan hasil karya terbarunya bersama Komik-M.
Kartini yang dihasilkan pada tahun 1997 dianggap lagenda dalam dunia komik sehingga pernah dianggat menjadi kartun animasi. Selain itu, Tembakau juga pernah menghasilkan storyboard bagi animasi bersiri pertama Malaysia, 'Usop Sontorian' terbitan Karisma Pictures.