Artikel
Demokrasi Malaysia mirip komunis
oleh Helmi pada 13 May 2007
Hadi dakwa demokrasi Malaysia mirip komunis MARANG 11 Mei Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mendakwa Malaysia sebuah negara demokrasi mirip komunis kerana tidak melaksanakan kebebasan yang sebenar. Beliau mendakwa, pihak pemerintah dengan cara halus menggunakan sistem pilihan raya untuk mengekalkan kuasa termasuk memecahkan sempadan kawasan pilihan raya apabila kedudukan mereka didapati tergugat. Ya, walaupun ada parti komponen tetapi itu pun sudah hendak hancur. Demokrasi komunis ini adalah ke arah satu parti, Malaysia termasuk dalam kategori (itu), katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku terbarunya Islam dan Demokrasi di Masjid Rusila dekat sini, hari ini. Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Wan Abdul Muttalib Embong. Sambil mengiktiraf Iran dan Sudan sebagai antara negara yang mengamalkan demokrasi sebenar, Abdul Hadi berkata, Malaysia perlu keluar daripada mengekalkan demokrasi yang dianggap tidak bertepatan dengan kehendak Islam. Iran dan Sudan adalah contoh negara yang sedang ke arah melaksanakan demokrasi sebenar namun ia tidak diiktiraf oleh kuasa Barat, katanya. Ditanya mengapakah beliau membuat dakwaan sedemikian, beliau berkata, Malaysia memang mempunyai corak pemerintahan demokrasi mirip komunis iaitu se- dang menuju ke arah sistem pemerintahan satu parti. Jadi kita juga perlu lebih terbuka, ka- tanya. Mengenai buku tulisannya yang ke-20 itu, Abdul Hadi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Rhu Rendang berkata, ia tidak diterbitkan kerana kepentingan pilihan raya umum yang dijangka diadakan pada bila-bila masa. Buku ini tidak ada kaitan dengan pilihan raya tetapi ia adalah tulisan akademik yang tidak bergantung kepada bayang-bayang pilihan raya. Walaupun bayang-bayang (pilihan raya) dah ada, tapi tak lebih macam ramalan kaji cuaca, tak semestinya hujan dan kalau hujan pun, kita buka sajalah payung, katanya. Beliau juga berkata, Indonesia juga jauh lebih baik dalam soal pelaksanaan demokrasi Islam kerana mereka dilihat lebih terbuka dan memberikan peluang kepada rakyatnya termasuk melalui media untuk bersuara.