Artikel
Demonstrasi Masakan Oleh Chef Arm
oleh Roziyah pada 21 Jun 2010

PTS Milenia telah mengadakan demonstrasi masakan bersama penulis buku resipi, Chef Arm dalam pesta buku MPH Ahad lalu.
Beliau yang menghasilkan buku resipi, Hidangan Terbaik Dunia-Brunei, Hidangan Mudah Cepat dan Enak Bersahur serta Hidangan Mudah Cepat dan Enak Berbuka Puasa menunjukkan langkah-langkah memasak kepada pengunjung yang hadir dalam pesta buku tersebut.
Chef Arm atau nama sebenarnya Shamsul Anuar Yusof menghidangkan langkah memasak Telur Kukus Seri Rampai, Daging Belutak dan Ayam Kancah yang diambil daripada buku Hidangan Terbaik Brunei hasil tulisan beliau.
Beliau juga bakal menerbitkan buku Hidangan Terbaik Dunia dari negara Siam, Singapura, Indonesia dan Filipina.
Hadiah juga diberikan kepada pengunjung di SACC Mall dengan menjawab kuiz yang disediakan.