Artikel

PTS Terima Pelawat Dari Sri Lanka

oleh Roziyah pada 22 Jun 2010

PTS telah menerima delegasi dari ALL Ceylon YMMA Conference Sri Langka (YMMA).

Kumpulan tersebut terdiri daripada pelajar seawal usia 14 tahun yang datang ke Malaysia bagi mendalami kehidupan masyarakat Islam di sini.

Tuan Shahran Kasin yang mengetuai delegasi tersebut berharap pelajar Sri Lanka ini akan mengambil input semasa lawatan ini untuk disumbangkan kepada negara mereka.

Tuan Haleem A. Azeez, Setiausaha All Ceylon Young Men’s Muslim Association Conference melihat Malaysia sebagai model negara islam.

Beliau berharap lawatan ini dapat memberi inspirasi kepada masyarakat Islam muda di Sri Lanka untuk terus membangun.

Melalui kejayaan program ini akan melahirkan generasi muda Islam yang bakal menjadi pemimpin dalam komuniti, dan semua bidang di Sri Lanka

Delegasi diberi penerangan mengenai PTS secara khusus sebelum di bawa melawat sekitar PTS. Mereka juga diperkenalkan dengan anak syarikat yang bernaung di bawah PTS.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024