Artikel

Diskaun 90% untuk Ebook di Google Play

oleh Helmi pada 04 Sep 2014

Mustahil industri ebook akan berkembang di Malaysia. Trend membaca ebook belum ketara, gergasi dunia seperti Google, Amazon dan Kobo juga tidak berminat dengan industri ebook di Malaysia. Para penerbit juga belum terasa ada keperluan untuk fokus kepada ebook yang belum nampak untungnya di mana.

Inilah anggapan ramai penerbit, pemerhati dan pemain utama dalam industri buku Malaysia. Namun, ini adalah cerita lama, 3 tahun dahulu. Segala-galanya berubah dengan pantas.

Google Play kini memandang serius industri ebook di Malaysia. Mereka agresif menjalinkan kerjasama dengan penerbit di Malaysia. Mereka juga berkongsi data jualan dan trend pembelian ebook yang semakin ketara. Satu perkembangan yang cepat dan bagus untuk Malaysia.

Bermula hari ini, Google Play melancarkan promosi besar-besaran selama tujuh hari untuk pembaca ebook. PTS bekerjasama dengan Google Play dan menawarkan diskaun sehingga 90% untuk tujuh ebook terpilih.

Link pembelian: http://pts.com.my/ebook/promosi/lu/

Diskaun 90% ini terhad untuk sehari sahaja bagi setiap buku. Jadi, sepanjang tujuh hari ini, pastikan anda mengumpulkan kesemua ebook pilihan anda pada harga promosi.

Tujuh ebook yang tersenarai dalam promosi dan harga selepas diskaun disertakan di bawah.

================

LIGHTENING DEAL: LUNAR PROMOTION

DISCOUNT UP TO 90%, ONLY ONE TITLE A DAY

================

1. Why We Want You To Be Rich, RM21.90 RM4.40

2. Rich Dad Poor Dad, RM14.90 RM3.00

3. Dunia Ini Sederhana Kecil, RM15.90 RM3.20

4. Rahsia Islam di China: Gemilang di Sebalik Tembok Besar, RM15.90 RM3.20

5. Rahsia Bisnes Orang Cina, RM13.90 RM2.20

6. Bukan Isteri Simpanan, RM19.90 RM4.00

7. Cerita dari Syurga, RM7.90 RM2.00

================

Tarikh Promosi: 4 September 2014 – 10 September 2014

Dapatkan ebook pilihan anda pada harga diskaun di Google Play sekarang juga.

Link pembelian: http://pts.com.my/ebook/promosi/lu/

================

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024