Artikel

Persoalan Islam Liberal : Menjawab Islam Liberal

oleh Hairul Faizal Adli Ab Ghani pada 05 Sep 2014

Persoalan mengenai Islam liberal kini menjadi satu polemik yang tidak berkesudahan. Bolehkah orang Islam berkahwin dengan orang yang berlainan agama? Adakah wanita boleh menjadi imam kepada jemaah lelaki? Dan adakah umat Islam bebas untuk menukar agama?

Islam Liberal memberikan jawapan “ya” kepada semua persoalan di atas walaupun bertentangan dengan kesepakatan ulama. Pendapat mereka juga disokong oleh hujah logik akal tanpa sandaran hujah yang kukuh.

Buku “Menjawab Islam Liberal” ini akan menerangkan secara terperinci siapa sebenarnya golongan Islam liberal dan apakah agenda-agenda yang mereka perjuangkan. Buku ini juga akan menjawab pertikaian golongan Islam liberal dengan merujuk kepada al-Quran dan as-sunnah, serta pandangan para ilmuwan Islam.

Perjuangan Islam liberal di Malaysia dilihat berbeza dengan apa yang berlaku di negara jiran, Indonesia. Mereka secara terbuka mengisytiharkan gerakan mereka sebagai Jaringan Islam Liberal (JIL). Kebebasan berpendapat atau berijtihad adalah antara agenda utama yang diperjuangkan oleh JIL. 

Mereka berhujah, Islam menghargai kebebasan berpendapat. Selain itu, golongan JIL turut menegaskan konsep ijtihad bukan hanya dihadkan kepada para ulama. Malah sesiapa sahaja boleh melakukan ijtihad kerana ia adalah perkara yang dihormati dan dihargai oleh Islam.

Walaupun gerakan Islam liberal di Malaysia tidak mempunyai kumpulan khas yang menggunakan nama Islam liberal, namun pemikiran yang bercirikan fahaman Islam liberal seperti perjuangan demokrasi, persamaan semua agama, dan persamaan hak antara wanita dan lelaki (feminism) sudah pun wujud.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024