Artikel
Diskaun Istimewa di Booth PTS Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010
oleh Helmi pada 25 Feb 2010
Bagi peminat buku PTS, kedatangan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur memang ditunggu-tunggu saban tahun. Ini kerana, waktu inilah peminat buku PTS dapat membeli buku PTS pada kadar diskaun istimewa.
Diskaun ini tidak diberikan sekiranya anda membeli buku PTS di kedai buku biasa. Diskaun standard yang diberikan kepada semua pengunjung booth PTS sepanjang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 ialah 15 peratus. Bagi pelajar yang berpakaian sekolah pula diberi diskaun 30 peratus. Pelajar institusi pengajian tinggi turut diberi diskaun 30 peratus dengan syarat perlu menunjukkan kad pelajar semasa membuat bayaran.
Bagi penulis-penulis buku PTS, anda juga berpeluang membeli buku PTS tulisan penulis-penulis PTS yang lain dengan diskaun 35 peratus. Jadi jangan lepaskan peluang untuk borang buku PTS semasa pesta buku kali ini.