Artikel
Diskusi Novel Lantera Mustika di UKM
oleh Roziyah pada 18 Oct 2010
Novel Lentera Mustika terbitan PTS Millenia akan dibahaskan dalam majlis Diskusi Novel di Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM).
Majlis yang dianjurkan oleh mahasiswa UKM ini akan membentangkan novel Lentera Mustika hasil tulisan Puan Nisah Haron.
Majlis tersebut akan diadakan pada 19 Oktober (esok) pada jam 12 tengahari di Makmal Pengajian Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM.
Panel pembentang terdiri daripada mahasiswa sendiri iaitu Siti Norain Mohamed Nor, Mohd Aswari Che Hassim dan Siti Suhailah Hamzah.